Langsung ke konten utama

MAKALAH KAIDAH PENULISAN KHAT RIQ'AH


KATA PENGANTAR


Bismillaahirrahmaanirrahim
Puji dan syukur kita panjatkan ke-hadirat Allah SWT, atas berkah, rahmat serta karunia-Nyalah penulis dapat menyelesaikan tugas makalah ini . Adapun tujuan dari penulisan makalah ini adalah untuk memenuhi salah satu tugas dari mata kuliah Khatt Riq’ah, semester II,di tahun 2013, dengan judul “ KAIDAH PENULISAN KHATT RIQ’AH”, dengan harapan kita sebagai mahasiswa dapat lebih memahami bagaimana kaidah penulisan khatt riq’ah yang baik dan benar.
  Banyak  hambatan yang dialami penulis dalam penyusunan makalah ini, tetapi Alhamdulillah dengan bantuan serta bimbingan dari berbagai pihak, penulis dapat menyelesaikan makalah ini dengan cukup baik. Untuk itu penulis ucapkan terima kasih Kepada :
1.      Orang tua dan keluarga tercinta, yang selalu memberikan motivasi serta dorongan baik secara moral ataupun spiritual.
2.      Bapak L. Wahidin, selaku dosen Sastra Arab yang tak pernah bosan memberikan materi serta bimbingan kepada penulis.
3.      Teman- teman, dan rekan lainnya, yang telah berkenan membantu dan meluangkan waktunya untuk membantu penulis dalam penyusunan makalah ini.
Selain itu penulis juga mengucapkan mohon maaf apabila banyak kekurangan dari penulisan makalah ini, baik dari salah kata sehingga menyinggung perasaan pembaca atau kekurangan lainnya yang kurang berkenan di hati pembaca. karena manusia tak luput dari kesalahan, sesungguhnya kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Oleh karena itu, penulis mengharapkan kritik serta saran yang membangun dari pembaca, agar penulisan selanjutnya dapat lebih baik dari sebelumnya.
Dengan ini penulis mempersembahkan makalah ini dengan penuh rasa syukur dan terima kasih , mudah- mudahan penulisan makalah ini dapat bermanfaat bagi pembaca, khusunya bagi penulis. Aamiin.


Bandung, 01 Juni 2013

Penulis

i

DAFTAR ISI


KATA PENGANTAR.............................................................................................. i
DAFTAR ISI............................................................................................................ ii
BAB I   PENDAHULUAN..................................................................................... 1
1.1    Latar Belakang................................................................................... 1
1.2    Rumusan Masalah.............................................................................. 1
1.3    Pemecahan Masalah........................................................................... 2
1.4    Maksud dan Tujuan........................................................................... 2
BAB II PEMBAHASAN......................................................................................... 3
2.1    Sejarah Singkat Seni Khatt................................................................ 3
2.1.1        Sejarah Seni Khatt.................................................................. 5
2.1.2        Sejarah Singkat Seni Khatt Riq’ah....................................... 5
2.2    Definisi Khatt Riq’ah......................................................................... 6
2.3    Syaikh Uthman Taha......................................................................... 8
2.4    Perkembangan dan Kegunaan Khatt Riq’ah................................ 10
2.4.1        Perkembangan Seni Khatt Riq’ah...................................... 10
2.4.2        Kegunaan Seni Khatt Riq’ah.............................................. 10
2.5    Keindahan Seni Khatt Riq’ah......................................................... 10
2.5.1        Keindahan Seni Khatt.......................................................... 10
2.5.2        Dibalik Keindahan Seni Khatt............................................ 12
2.5.3        Seni Sebagai Terapi.............................................................. 14
2.6    Kaidah penulisan Khatt Riq’ah...................................................... 15
2.6.1        Sebelum Menulis .................................................................. 15
2.6.2        Saat  Menulis......................................................................... 16
BAB III PENUTUP............................................................................................... 17
3.1    Kesimpulan....................................................................................... 17
3.2    Saran.................................................................................................. 17
DAFTAR PUSTAKA........................................................................................... 18
LAMPIRAN........................................................................................................... 19

BAB I
PENDAHULUAN

1.1    Latar Belakang
Khat riq’ah  ialah sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini diciptakan ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqa’ah bermaksud cebisan kertas yang ditulis. Ia berkembang daripada khat nasakh dan thuluth tetapi perkembangannya dalam bentuk yang agak berlainan daripada keduanya, Ia lebih mudah. Biasanya ditulis dengan ukuran yang kecil. Bentuk alifnya pendek dan tiada kepala (Tarwisah) seperti thuluth.
Khat riq’ah merupakan salah satu khat yang begitu digemari oleh penulis khat ketika zaman Othmaniah dan melalui banyak penambahbaikan oleh Shaikh Hamdullah al-Amasi. Kemudian selepas itu berlaku lagi beberapa perubahan oleh penulis khat lain sehinggalah ia menjadi popular, digemari dan paling banyak digunakan. Di hari ini, riq’ah adalah pilihan tulisan tangan oleh Masyarakat arab
Ciri-ciri tulisan ini ialah bentuk hurufnya berukuran kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar.
1.2    Rumusan Masalah
1.    Bagamaina sejarah singkat dari seni khatt?
2.    Apakah definisi Khatt Riq’ah?
3.    Siapakah tokoh yang berperan dalam seni khatt?
4.    Apakah kegunaan dari Khatt Riq’ah,dan bagaimana perkembangannya?
5.    Apa keindahan dari seni khatt riq’ah?
6.    Bagaimana kaidah penulisan khatt riq’ah?

1.3    Pemecahan Masalah
1.    Sejarah singkat seni khatt riq’ah
2.    Definisi khatt riq’ah
3.    Syaikh Uthman Taha sebagai salah satu tokoh seni khatt
4.    perkembangan dan kegunaan khatt riq’ah
5.    Keindahan dari seni khatt riq’ah
6.    Kaidah penulisan khatt riq’ah

1.4    Maksud dan Tujuan
Tujuan dari penulisan karya ilmiah ini adalah :
1.    Mengetahui tentang sejarah adanya seni khatt riq’ah
2.    Memberitahukan apa saja kegunaan dari penulisan seni khatt riq’ah
3.    Memberikan informasi kepada pembaca serta pelajar , mengenai keindahan seni khatt riq’ah
4.    Memberikan informasi bagi pembaca dan orang- orang yang menggemari seni khatt atau kaligrafi, khususnya pelajar, tentang bagaimana penulisan khatt riq’ah yang baik dan benar
5.    Memperlihatkan contoh- contoh huruf khatt riq’a


BAB II
PEMBAHASAN

2.1  Sejarah Singkat Seni Khatt
2.1.1   Sejarah Seni Khatt
"Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati" – Amiera_ns.
Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khatt  . 
Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami arti kehidupan , membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta _konsep seni dalam silaturrahim Islam.
Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.
Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku.
Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta. Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan.
Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini.
Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. 
Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. 
Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riq’ah.
Kaligrafi gaya Riq'ah merupakan hasil pengembangan kaligrafi gaya Naskhi dan Tsuluts. Sebagaimana halnya dengan tulisan gaya Naskhi yang dipakai dalam tulisan sehari-hari. Riq'ah dikembangkan oleh kaligrafer Daulah Usmaniyah, lazim pula digunakan untuk tulisan tangan biasa atau untuk kepentingan praktis lainnya. Karakter hurufnya sangat sederhana, tanpa harakat, sehingga memungkinkan untuk ditulis cepat.
Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik.
Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riq’ah.
Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.
Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat). Kini, seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.
Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad, sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya.
2.2.1        Sejarah Singkat Seni Khatt Riq’ah
Riq’ah adalah salahsatu gaya khat ciptaan masyarakat Turki Usmani. Muhammad Tahir Kurdi menyebutkan, bahwa penggagas dan peletak dasar-dasar kaidah khat Riq’ah adalah Mumtaz Bek,  seorang konsultan di zaman Sultan Abdul Majid Khan sekitar tahun 1280 M.
Posisi khat Riq’ah berada di antara khat Diwani dan khat Siyaqat, di mana Mumtaz Bek sangat masyhur dengan keahliannya di bidang Diwani seperti para kaligrafer selain dirinya. 
Penciptanya menamakannya Riq’ah yang artinya menurut kamus-kamus bahasa ialah “potongan daun untuk menulis”, dan tidak ada hubungannya dengan khat  Riqa’ kuno yang pernah digunakan di seluruh Kantor Administrasi Surat-menyurat Negara. Beberapa sultan Usmani seperti Sulaiman al-Kanuni dan Abdul Hamid I sangat memperhatikan dan banyak menulis dengan khat Riq’ah.
Tujuan awal diciptakannya tulisan ini adalah untuk mempersatukan seluruh kaligrafi bagi seluruh pegawai kerajaan, sehingga mereka hanya menulis dengan satu gaya khat dalam semua tata pergaulan resmi yang diterapkan untuk kantor-kantor pemerintahan.
2.2  Definisi Khatt Riq’ah
Riq’ah adalah salahsatu gaya khat ciptaan masyarakat Turki Usmani. Muhammad Tahir Kurdi menyebutkan, bahwa penggagas dan peletak dasar-dasar kaidah khat Riq’ah adalah Mumtaz Bek,  seorang konsultan di zaman Sultan Abdul Majid Khan sekitar tahun 1280 M. Posisi khat Riq’ah berada di antara khat Diwani dan khat Siyaqat, di mana Mumtaz Bek sangat masyhur dengan keahliannya di bidang Diwani seperti para kaligrafer selain dirinya. 
Ciri-ciri tulisan ini ialah bentuk hurufnya berukuran kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar.
Spesifikasi khat Riq’ah terdapat pada huruf-hurufnya yang pendek dan bisa ditulis lebih cepat daripada khat Naskhi, karena kesederhanaannya dan tidak memiliki struktur yang rumit. Karena itu, kita memiliki kenyataan dalam kehidupan moderen ini khat Naskhi khusus digunakan untuk mencetak teks buku, surat kabar, dan majalah, sedangkan khat Riq’ah khusus digunakan untuk catatan tangan atau dikte.
Di lapangan advertising atau untuk penulisan judul-judul surat kabar, Riq’ah sering digunakan karena dapat mencakup kata-kata panjang dengan goresan-goresan yang tidak banyak makan tempat.
Pada saat tidak menggunakan pena tipis tebal, khat Riq’ah berfungsi untuk menulis catatan harian seperti pelajaran dan kuliah atau surat-menyurat dan reportase para juru tulis seperti wartawan. Kecepatan gerak Riq’ah dapat disamakan dengan stenografi dalam tulisan latin. Hal ini memungkinkan karena spesifikasi hurufnya yang pendek dan beberapa huruf yang diringkas seperti sin tanpa gigi, alif dan lam tanpa tarwisy, dan lengkungan-lengkungan sederhana pada ya’, jim, qaf, dan nun.
Para kaligrafer yang sangat aktif dan menonjol dalam lapangan Riq’ah dapat disebutkan, misalnya, Amin Fahs al-Lubnani, Al-Hafizh Tahsin, Jawad Sabti al-Najfi, Sayid Ibrahim, Muhammad Sabri al-Hilali, Ahmad Sabri Zaid, Abdurrahman Sadeq Abusy, Abdurrazaq ‘Aud, Abdurrazaq Muhammad Salim, Abdul Kadir Asyur, Ali Ibrahim, Muhammad Husni al-Dimasyqi, Muhammad Sa’ad Haddad, Muhammad Abdurrahman, Muhammad Izzat
Afandi, Muhammad Ali Makawi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi, dan banyak lagi yang lainnya.
Pada contoh karya kaligrafer Turki  Muhammad Afandi yang ditulis dengan pena Riq’ah‘arid, Riq’ah wasat, dan Riq’ah rafi’, kentara karakter Riq’ah yang simpel pada sin yang tidak bergigi, alif dan lam qamariyah dan lam syamsiyah yang tidak bertarwisy, titik tunggal tidak full bujur sangkar dan dua titik ta’ dan ya’ yang sekali gores, atau huruf-huruf ra’ dan wawu yang kurang melengkung.
Keringkasan Riq’ah dapat juga dilihat pada struktur dan komposisi di mana huruf dan kata bertumpang tindih untuk memperpendek jarak tulisan bagi kata-kata yang panjang, seperti pada contoh berikut. Mode ini banyak digunakan terutama untuk judul-judul koran dan ungkapan iklan. Huruf alif, misalnya, dipendekkan dan posisinya di bawah atau di atas huruf-huruf lain. Begitu pula penumpangan awal kata di atas ujung kata sebelumnya supaya tulisan tampil lebih ringkas.
2.3  Syaikh Uthman Taha
Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak memberi khidmat dalam bidang al-Qur’an yang tidak kita sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.
Penglibatan Syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40 tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988 beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf. Beliau dilantik sebagai penulis mushaf di Majma’ al-Malik Fahd Li Tiba’ah al-Mushaf (Kompleks Percetakan Mushaf Raja Fahd) di Madinah al-Munawwarah. Keistimewaan tulisan tangan Syaikh Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat.
Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Uthman bin Abduh bin Hussain bin Taha. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Halab, Syria pada tahun 1934 Masihi dan mempunyai seorang isteri dan dikurniakan tujuh orang anak. Beliau dilahirkan dalam suasana tarbiah Islam yang kuat, bapanya Syaikh Abduh Husin Taha merupakan imam dan khatib di kampungnya, juga pengarang kitab-kitab agama. Sekarang syaikh Uthman Taha tinggal di Madinah al-Munawwarah.
Syaikh Uthman Taha memiliki ijazah dalam bidang syariah. Pada tahun 1973, beliau mendapat ijazah dalam seni khat dari Syaikh Hamid al-Amidiyy, seorang pakar khat yang sangat terkenal, sehingga beliau diberi gelaran Syaikh al-Khutatatain. Selain itu beliau juga berguru dengan tokoh khattat yang lain seperti Muhammad Aliyy al-Mawlawiyy, Ibrahim al-Rifa’iyy di Halab, Muhammad Badwiyy al-Diraniyy di Damsyik dan Hashim al-Baghdadiyy.
Pengalaman pertama dalam menulis mushaf ialah pada tahun 1973 semasa berusia tiga puluh tahun di bawah syarikat percetakan Dar al-Shamiyah di Damsyik tetapi syaikh Uthman Taha tidak berpuas hati dengan mutu kecantikan tulisan. Disebabkan ketokohan dan penulisan hiasan dinding beliau di Masjid Nabawi, Kerajaan Saudi telah mengambil beliau sebagai penulis Mushaf al-Madinah yang diguna-pakai oleh kerajaan Saudi dan seluruh dunia bermula pada tahun 1988.
Mereka yang melihat tulisan sekarang jauh lebih bermutu dari tulisan pertama. Sehingga kini beliau telah menulis mushaf mengikut riwayat Hafs dari Asim,
riwayat Warash dari Nafi’ al-Madaniyy kedua-dua sudah dicetak dan riwayat Qalun tetapi belum dicetak.
Beliau amat terkenal di kalangan penulis khat kini sebagai Tokoh Seni Khat yang paling banyak berjasa. Beliau menjadi pakar rujuk dan hakim bagi pertandingan Khat Antarabangsa Istanbul sejak berdekad lamanya.
Berikut adalah beberapa contoh tulisan Syaikh Uthman Taha
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtimtTu0qt6UgMYEnqs1e-Z6qhSpHfzh2MalFUz-7VI8yQj4bcb9o3ZNLfOP9cPwZlCELPhudChaXkdt8Gp2V0t4xHcL4ORrcsTPEyke8xgHXRfCRAeDDgfXYUpUWbAVtN-9Jcyt9bLO8/s320/3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWL320Hg_ndMICsSnTT86-E_P4KTKBF7wZmmXTDfWrOvmrlohrumhRClmCArXtcmJn-MHISqbYIvopaMiU3xg0PAHHEkZzPdpLnKiRU2_bR9LziNqWyewY8mYtFD2tig21EHQ8i89p6G0/s320/7.jpg
2.4  Perkembangan dan Kegunaan Khatt Riq’ah
2.4.1  Perkembangan Seni Khatt Riq’ah
Pada masa ini, penulisan huruf khatt riq’ah sering digunakan untuk penulisan seni Kaligrafi,
Kaligrafi gaya Riq'ah merupakan hasil pengembangan kaligrafi gaya Naskhi dan Tsuluts. Sebagaimana halnya dengan tulisan gaya Naskhi yang dipakai dalam tulisan sehari-hari. Riq'ah dikembangkan oleh kaligrafer Daulah Usmaniyah, lazim pula digunakan untuk tulisan tangan biasa atau untuk kepentingan praktis lainnya. Karakter hurufnya sangat sederhana, tanpa harakat, sehingga memungkinkan untuk ditulis cepat.
Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambul untuk menjadikan khatt ini dapat dipelajari oleh pelajar dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan  dan promosi barangan serta dijadikan tajuk- tajuk besar dalam akhbar.
2.4.2 Kegunaan Seni Khatt Riq’ah
1.    Untuk penulisan seni kaligrafi
2.    Menulis cepat
3.    Digunakan dalam urusan seharian, contoh : surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk- tajuk besar dalam akhbar.
2.5  Keindahan Seni Khatt Riq’ah
2.5.1 Keindahan Seni Khatt
Islam memandang tinggi keindahan seni, lebih-lebih lagi seni khat yang berkait rapat dengan Kalamullah dan sabda Rasulullah S.A.W. sehingga Allah S.W.T bersumpah di dalam Al-Quran dengan pena dan tulisan yang bermaksud:
Nun, demi Qalam dan apa yang mereka tulis”. (Surah al-Qalam : 1)
Allah S.W.T dengan segala sifat kesempurnaanNya amat menyukai keindahan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Maha Indah dan suka kepada keindahan”.
(Riwayat al-Bukhari)
Seni Khat merupakan bidang kesenian Islam yang kudus dan penting dalam perkembangan tamadun Islam. Dengannya, usaha memelihara Al-Quran yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat dapat dilaksanakan.
Peranannya yang begitu penting, telah menjadikan gerakan dakwah Islamiyah dan penyebaran ilmu Islam dapat dilakukan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar dengan pena (dengan perantaraan Qalam). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah al-‘Alaq : 3-5)
Mempelajari tulisan juga penting kerana ia adalah satu cara untuk mencatat Kalamullah dan hadith, bagi memastikan keberkekalan dan penyebarannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Catatlah ilmu dengan tulisan”.
Ini memberi suatu gambaran jelas akan peri pentingnya seni khat yang tidak hanya dilihat daripada aspek kesenian dan peranannya sahaja malah juga daripada aspek kerohanian, sebagai suatu uslub (pendekatan) untuk membentuk jiwa ke arah jalan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Ayat-ayat Al-Quran, doa-doa daripada hadith, kata-kata ulama yang dicerna dan dijelmakan melalui seni khat, menjadi suatu inspirasi dan motivasi bagi kita dalam menegakkan amalan-amalan yang bersumberkan kepada Al-Quran, yang dituntun oleh Rasulullah S.A.W juga para ulama. Tidak hanya dipandang dan menjadi hiasan semata-mata,
 tetapi juga sebagai tatapan yang bisa menyentuh hati, seterusnya menjadi suatu tazkirah (peringatan) untuk kita yang natijahnya membawa kepada membesarkan Allah S.W.T serta merasa kemanisan beribadah.
Semoga dapat kita sama-sama mengambil menfaat kearah kehidupan yang berseni dengan adanya seni dalam penghidupan.
2.5.2 Dibalik Keindahan Seni Khatt
Hikmah seni khat ialah pemahaman mengenai selok belok petua dan rahsia-rahsia halus seni ini. Memahami ilmu yang tersirat ini adalah kebijaksanaan hikmah yang menjadi inti kepada sesuatu ilmu pengetahuan. Allah SWT. berfirman yang bermaksud:
"Dia memberi hikmah kepada sesiapa yang Dia Kehendaki. Sesiapa yang diberikan al-Hikmah sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak."(Al-Baqarah : 269)
Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa hikmah adalah permata yang hilang setiap mukmin yang perlu dicari walau di mana sahaja. Semakin mengerti seseorang tentang rahsia ilmu, semakin mendalam kecintaannya kepada perkara yang mulia dan tinggi.
Ia juga akan menyedarkan kita bahawa seni khat sebenarnya tidak sesukar yang disangka. Ia juga membantu meningkatkan kemahiran dan meringkaskan proses pembelajaran khat. Dengan ilmu sesuatu karya bertambah mantap, hidup dan memindahkan makna ke hati yang memandangnya. Petua dan rahsia ini dipelihara dan diwariskan kepada satu generasi ke generasi berikutnya.
Seni adalah kepandaian. Ada kalanya kepandaian ahli khat seperti trick ahli silap mata. Pada huruf ada petua dan rahsia. Tahukah kita bahawa huruf-huruf mempunyai ibunya? Ibu huruf bermaksud bentuk-bentuk asas yang daripadanya boleh melahirkan bentuk huruf yang lain.
Teknik ini pernah dipopularkan oleh Muhammad Hasyim al-Baghdadi, khattat Baghdad yang terkenal. Ibu-ibu kepada huruf-huruf tunggal adalah (alif, ba, jim, dal, ra, sin, shad dan nun). Sebagai contoh, daripada huruf alif boleh dilahirkan huruf kaf dan lam. Daripada huruf ba pula dilahirkan ta, sa dan fa. Begitulah seterusnya bagi ibu huruf yang lain.
Huruf-huruf sambungan pula boleh dipecahkan pula kepada lebih seribu bentuk. Namun hakikatnya bentuk-bentuk ini terangkum dalam 30 bentuk sambungan sahaja. Inilah satu keajaiban seni pembelajaran huruf khat. Pemahaman ini mengukuhkan lagi latihan huruf satu-persatu. Hanya dengan latihan tulisan seseorang akan mencapai tahap kecemerlangan.
Khat juga menggunakan teknik melukis. Pada bahagian huruf yang sukar penulis akan melukis garisan dengan hujung pena dan menghitamkan bahagian tersebut dengan tinta.
Teknik ini digunakan terutamanya dalam membentuk kepada ain dan hujung ra khususnya khat nasakh dan thuluth.
Kebanyakan khattat memberi penumpuan khusus kepada latihan membentuk huruf ha simpul, kerana huruf ini mempunyai pelbagai variasi arah dan mempunyai unsur dal, fa, ra dan lain-lain. Ha adalah huruf terakhir pada perkataan `Allah' yang mempunyai makna walaupun hanya satu huruf.
Jari manusia dibina dengan struktur yang sempurna dan fungsi yang mengkagumkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan kembali tulangnya? Bukan begitu. Malah Kami berkuasa menyusun kembali jarinya dengan sempurna." (Al-Qiamah : 3-4).
Keunikan susunan tulang pada jari amat penting dalam menulis khat. Ibu jari mempunyai dua ruas menjadi penyangga yang menyokong pena semasa menulis. Jari telunjuk pula sebagai peneraju utama semasa huruf dibentuk. Jari secara semula jadi adalah ergonomik untuk memegang pena. Gerakan jari digunakan untuk bentuk yang halus, sementara gerakan pergelangan dan lengan untuk bentuk melintang serta garisan tegak memanjang.
Semasa menulis, semua anggota yang lain diam, mata pula dipaku kepada hujung mata pena. Ada kalanya pernafasan perlu dikawal. Ini merupakan latihan kepada khusyuk (fokus). Tanpa khusyuk, tulisan tidak akan menjadi. Aktiviti manusia termasuk solat dan aktiviti hariannya perlu khusyuk dan mempunyai objektif yang jelas.
2.5.3 Seni Sebagai Terapi
Dari sudut psikologi, seni adalah terapi yang berkesan bagi memulihkan ketegangan jiwa. Tidak heranlah di dalam al-Quran Allah SWT bersumpah demi pena dan penulisannya, agar manusia kembali menoleh perhatiannya terhadap keajaiban ciptaan-Nya pada jari, tangan dan apa yang manusia catatkan.
Tinta pula diperbuat daripada unsur karbon seperti beras atau gandum yang hangus yang ditumbuk halus. Ia dicampur pula dengan gam yang sesuai seperti gam Arab, getah pohon dan lain-lain. Telah menjadi tradisi, setiap kali alu diangkat, setiap itu juga bibir menuturkan zikir memuji Allah.
Pendek kata, zikrullah menjadi rutin kebiasaan dalam meraut pena, menyediakan tinta menulis dan sebagainya. Oleh itu, seni khat bukan sahaja memupuk kesempurnaan jiwa seni yang tinggi, malah ia salah satu jalan menuju Allah SWT.
Ciri-ciri pena yang baik ialah kering, keras, lurus dan beruas tebal supaya mudah dikawal serta tidak mudah patah. Mata pena dibelah tengah, dilubangkan pada jarak 2 sm dari hujung pena, dan dikelar garis-garis melintang bagi membekalkan tinta secukupnya ke mata pena.
Ruang pena yang kosong disumbat fabrik seperti kapas atau sutera bagi tujuan yang sama. Antara rahsia keindahan khat ialah penyediaan kertas yang baik yang mempunyai ciri-ciri permukaan rata, tidak kembang serta cepat menyerap tinta. Satu teknik penyediaan kertas secara tradisi ialah penyediaan kertas telur.
Caranya ialah dengan menyapukan putih telur atas kertas, keringkan dan gosokkan permukaannya dengan batu licin. Cara ini masih digunakan khususnya di Turki dan Iran sehingga ke hari ini. Ia bertujuan supaya tulisan menjadi lebih lancar dan stabil.
Masih banyak lagi petua dan rahsia yang tidak mampu diungkap dalam ruang yang terbatas ini. Namun petua terpenting bagi memperoleh hikmah adalah taqwa, sebagaimana kata pujangga, Takutkan Allah adalah pintu kepada al-Hikmah.


2.6  Kaidah penulisan Khatt Riq’ah
2.6.1 Sebelum Menulis
a)  Peralatan menulis:
1. Pena, kayu rosam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi yang ingin mendalami  bidang ini,  diharapkan menggunakan kesemua jenis pena. Pena tumbuhan memerlukan kemahiran mengasah. Pena mata besi yang biasa digunakan oleh penggemar seni ini ialah  produksi Pilot, Steadlers,  Osmiroid dan platignum.
2. Kertas, buku latihan dan  alas  menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan  tinta. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan  tinta. Alas tulis digunakan  sebagai  penghalang kekasaran pada permukaan meja. Alas  yang digunakan mempunyai  garis/grid seperti contoh di bawah.
3. Tinta  dibeli atau dibuat sendiri.  Tinta  yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan pergerakan tangan saat menulis dan warna yang bersinar (shinning) selepas kering. Diantara  tinta  yang biasa dipakai ialah Rotring, Faber Castell, Calligraphy dan Sheppers.  Tinta  tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana  bias menghalangi/ menyumbat aliran tinta saat menulis.
4. Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaik ialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulis-penulis terkenal. Setiap buku panduan juga mempunyai pendekatan tersendiri mengikut iklim negara masing-masing.
b). Cara duduk dan Kedudukan kertas (dada menghadap ke meja dengan 180º).
c) Cara memegang pena:
1. Pena yang digunakan berukuran mata 2.0 mm / 0.2cm.
2. Pena dipegang sesuai dengan kedudukan kertas 90º.
3. Keseluruhan mata pena menyentuh kertas.
4. Pena dipegang dengan ukuran satu setengah inci dari awal mata Pena,
d) Suasana saat menulis:
1. Suasana harus tenang dan nyaman
2. Cahaya cukup serta tidak menghalangi ruang kertas
3. Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh
4. Nafas yang teratur dan tidak penat
e) Psikologi menulis:
 Menulis dalam keadaan tenang. Disertai minat menulis, bukan sekadar suruhan.
2.6.2 Saat Menulis
a) Setiap huruf yang ditulis wajib mengikuti ukuran huruf (yang ditanda dengan ukuran titik)
b) Setiap huruf atau kata yang ditulis wajib mengikut kaidah penulisan yang betul.
c) Setiap tulisan disarankan diulang sebanyak 10 kali sebagai latihan.


BAB III
PENUTUP

A.                Kesimpulan
Seni adalah terapi yang berkesan bagi memulihkan ketegangan jiwa. Tidak heranlah di dalam al-Quran Allah SWT bersumpah demi pena dan penulisannya, agar manusia kembali menoleh perhatiannya terhadap keajaiban ciptaan-Nya pada jari, tangan dan apa yang manusia catatkan.
Riq’ah adalah salah satu gaya seni khat ciptaan masyarakat Turki Usmani. Muhammad Tahir Kurdi menyebutkan, bahwa penggagas dan peletak dasar-dasar kaidah khat Riq’ah adalah Mumtaz Bek,  seorang konsultan di zaman Sultan Abdul Majid Khan sekitar tahun 1280 M.
Kaligrafi gaya Riq'ah merupakan hasil pengembangan kaligrafi gaya Naskhi dan Tsuluts. Sebagaimana halnya dengan tulisan gaya Naskhi yang dipakai dalam tulisan sehari-hari. Riq'ah dikembangkan oleh kaligrafer Daulah Usmaniyah, lazim pula digunakan untuk tulisan tangan biasa atau untuk kepentingan praktis lainnya. Karakter hurufnya sangat sederhana, tanpa harakat, sehingga memungkinkan untuk ditulis cepat.
3.1  Saran
1.    Sebaiknya mahasiswa yang mempelajari tentang kaidah penulisan khatt riq’ah lebih memperhatikan tata cara bagaimana penulisannya seperti yang telah di contohkan.
2.    Ketika sedang latihan menulis, sebaiknya seninya diperhatikan juga atau lebih diperdalam agar hasilnya lebih baik.
3.    Ketika latihan menulis sebaiknya tidak usah buru- buru, tetapi perhatikan terlebih dahulu kaidah- kaidahnya dan tata cara penulisannya, sehingga ketika sudah memahami tata cara penulisannya, selain bisa menulis cepat, hasil dari apa yang ditulis kemungkinan akan sesuai kaidah dan lebih baik


DAFTAR PUSTAKA

Riyad Salih (1996),  Tarikh al-Kitabah al-`Arabiyyah  , Mekah: Universiti Umm alQura.
Riyad Salih dan Muhammad Hamid Sulayman (1985),  al-Marja` fi al-Kitabah al-`Arabiyyah, Mekah: Universiti Umm al-Qura.
Sirajuddin AR,  Seni Khath Islam. Jakarta : Pustaka Panjimas.
Samad Irhash A 1993. Seni Kaligrafi Islam. Bandung: Angkasaraya
Muhammad Hasim, 1990. Kowaid al-Khat al-Araby. Beirut: Dar al-Kalam



Komentar

Postingan populer dari blog ini

MAKALAH PEMBAHASAN MAF'UL BIH

MAKALAH PEMBAHASAN MAF’UL BIH Untuk Memenuhi Salah Satu Tugas Mata Kuliah Qawaid Dosen : Saeful Hayat, M. Hum Disusun Oleh : E MA MARIAM 180910120037 JURUSAN SASTRA ARAB FAKULTAS ILMU BUDAYA UNIVERSITAS PADJADJARAN 2013 _________________________________________________________________________________ KATA PENGANTAR Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab dan telah memberikan kemudahan dalam mempelajarinya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad SAW adalah Rasul Allah yang diutus dengan membawa ajaran dan pedoman hidup yang baik untuk manusia di dunia dan akhirat. Sebagai umat islam, kita dituntut untuk bisa mengkaji dan mempelajari Al-Quran dan Sunnah, sebagai dua sumber utama ajaran islam yang harus kita pegang teguh. Tentunya kita tidak mungkin memahami kedua sumber tersebut kecuali setelah mengetahui kaidah-kaidah bahasa Arab, khususnya ilmu Nahwu dan Sharaf, karena kedu

PUISI : MALU

MALU Ema Mariam 05november2015 Malam, Saksiku kini menggebu, Pada detik waktu yang kian berlalu Harus ku kini membuka lembaran baru Karna hari ini, tak ada lagi masanya membisu. Tuhan berkata ku jangan malu, Bicara-Nya, kelak malu kan membatu Meski hati hendak ragu Ku jadikan malu itu berlalu Ku tutup kini masa yang berlalu Dan ku tatap dekat masa depan baru.